Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”

Oleh Adam Malik

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”

Cubaan mengalih isu Wan Ahmad Fayshal digantung kerana membawa isu Blackrock sedang cuba dibesar besarkan.



Kisah sebenar WAF digantung kerana menggunakan surat yang tidak ada kesahihan dan tidak diketahui siapa yang menulis kerana berstatus surat hantu tidak pula diberitahu kepada rakyat.

Portal Kami sempat tinjau dan dapati tuan punya badan yang membaca doa qunut itu sendiri turut cuba mengalih isu WAF dikenakan tindakan kerana menggunakan surat palsu kepada konon nya sebab mendedahkan isu Blackrock.

Ahli Parlimen Jasin itu, YB Zulkifli Ismail turut berceramah berapi api dan penuh semangat bercerita berkenaan bahaya Blackrock dan ancaman Yahudi.

Apa yang dikata oleh nya adalah cerita lain yang boleh didebatkan dan dibahaskan kerana cerita induk adalah WAF kena gantung kerana bawa surat layang kedalam Parlimen.



Jelas sekali Zulkifli yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat tidak faham implikasi jadikan Surat layang satu rujukan u tuk dibahaskan.

Bagaimana pula esok ada Ahli Parlimen lain membawa surat layang menyatakan Zulkifli suka ambil wang masjid?

Sebagai amatur dalam Parlimen Zulkifli harus tahu WAF sekadar mahu guna imuniti Ahli Parlimen sahaja dan nama pegawai pegawai yang disebut oleh WAF didalam Surat layang itu tidak ada peluang pertahankan diri.

Namun nama mereka sudah pun busuk dan tercemar tapi mereka tidak dapat mendakwa WAF kerana imuniti nya.



Apa yang harus dilakukan oleh WAF ada lah cari maklumat sahih dan bawa salinan berkenaan Blackrock itu untuk dibahaskan.

Itu lah cara yang betul.

Menyatakan konon nya kerjaan zalim ada lah fitnah besar kerana 100 lebih AP mengundi dan setuju tindakan dikenakan terhadap WAF.

Semua sudah faham cara Bersatu mahu sensasikan isu Blackrock kerana Parti Bersatu bermasalah kerana ahli bawahan tidak puas hati Peja diketepikan begitu sahaja dan Muhyiddin terus tebuk atap menjadi Presiden yang tidak dipilih cara demokratik.



Muhyiddin pula sedang menerima tekanan disuruh berundur kerana memikul banyak kes mahkamah.

Untuk makluman, WAF pernah menjadi bahan gelak ketawa masyarakat kerana intelektual nya dipersoal apabila mengemuka kan cadangan supaya kerajaan mencetak lebih banyak wang untuk diberi kepada rakyat.

Apakah WAF begitu jahil wang tidak dicetak begitu mudah tanpa sandaran.



Jika kerajaan mencetak wang adalah sebab menggantikan wang note yang sudah lusuh dengan jumlah nilai yang sama.

Berbalik kepada topik diatas, ini lah kualiti Ahli Parlimen yang ada akibat dipilih oleh pengundi yang tidak ada kualiti juga, mereka mengundi atas dasar suka dan benci.

Akhir nya yang rugi rakyat juga.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button