Dua skuad underdog dakap trofi sulung

Dua skuad underdog dakap trofi sulung

Dua skuad underdog dakap trofi sulung
PARA pemain Perak meraikan kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Hoki 5s Kebangsaan bagi edisi tahun ini. – MHC

SKUAD hoki lima sebelah (5s) lelaki Perak dan wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sensasi apabila memperoleh kemenangan sulung walaupun memulakan saingan sebagai pasukan ‘underdog’ dalam Kejohanan Hoki 5s Kebangsaan 2024 yang melabuhkan tirainya semalam.

Kapten skuad hoki 5s Perak, Shazril Irwan Nazli menyifatkan kejayaan pada edisi ketiga kejohanan itu sebagai sesuatu yang luar biasa selepas mereka mengalami kekurangan pemain dan hanya berlatih beberapa hari sebelum perlawanan bermula.

“Dari awal permainan bermula, kita kekurangan pemain. Tetap setiap pemain memberi komitmen yang sangat baik sehingga berjaya menjulang trofi kemenangan pertama untuk penyertaan pertama.



“Kami pun tidak begitu arif tentang undang-undang kerana kali pertama main hoki 5s. Kami main hoki asas sahaja seperti hoki padang. Jadi apabila kami berjaya menempatkan diri di final pun merupakan satu pencapaian yang tinggi,” katanya.

Shazril juga tidak menganggap kemenangan 4-1 Perak ke atas Pahang pada final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam sebagai bonus kerana pernah membelasah lawan sama 5-0 di peringkat kumpulan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sementara itu, kapten skuad hoki 5s wanita PDRM, Noor Hasliza Md. Ali berbangga dengan komitmen diberikan para pemain sehingga berjaya merangkul kejuaraan pertama mereka sepanjang penyertaan dalam kejohanan tersebut.

“Selama penyertaan dalam kejohanan hoki, PDRM tidak pernah melepasi suku akhir, jadi kali ini apabila berjaya ke final kami memang lakukan yang terbaik,” jelasnya.

Pada penyertaan tahun lalu, PDRM menduduki tempat kedua terakhir sebelum menunjukkan taring dalam edisi kali ini dengan menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di pentas final semalam.



Dua skuad underdog dakap trofi sulung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button