Arsenal laung amaran kepada pencabar

Arsenal laung amaran kepada pencabar

Arsenal laung amaran kepada pencabar
JESUS (kanan) berjaya meledak satu gol ketika menewaskan Leyton Orient dalam aksi persahabatan kelmarin. – ARSENAL

LONDON – Mengalami kekecewaan saat akhir dalam dua musim berturut-turut sebelum ini tidak pernah memberi kesan buat Arsenal yang tetap bersemangat tinggi untuk terus menghadirkan cabaran sengit bagi menamatkan penantian 21 tahun menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerangnya, Gabriel Jesus memberikan amaran kepada pencabar-pencabar lain bahawa The Gunners akan kembali lebih garang dengan pengurusnya, Mikel Arteta masih bercita-cita tinggi untuk menghadirkan kejayaan buat para penyokong.

Jesus pastinya menjadi taruhan untuk menerajui pasukan mengejar kejuaraan ketika bintang dari Brazil itu mengidam untuk mendapatkan kejayaan sulung bersama Arsenal.



“Jersi baharu, sasaran baharu dan sekarang kami akan kembali (mencabar kejuaraan EPL),” kata Jesus menerusi laman Instagram miliknya.

Jesus membuktikan ia bukan hanya kenyataan kosong apabila dia dan Emile Smith Rowe masing-masing menghasilkan satu gol untuk meraih kemenangan 2-0 ke atas Leyton Orient pada aksi persahabatan tertutup di Pusat Latihan Sobha, London semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa




The Gunners meneruskan aksi positif sepanjang pramusim kali ini apabila terdahulu turut menewaskan Everton 2-1 dan akan berangkat ke Amerika Syarikat bagi meneruskan persiapan dengan menentang Manchester United (27 Julai) serta Liverpool pada 1 Ogos ini.

“Kekecewaan musim lalu masih lagi terasa dan saya fikir statistik menunjukkan kami ada kualiti untuk bersaing di pentas tertinggi. Sekarang kami sedang menuju ke arah lebih baik dan berada di landasan tepat untuk menghadirkan kejayaan,” kata Arteta.

Arsenal akan membuka kempen musim baharu EPL dengan menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates pada 17 Ogos nanti. – AGENSI

Arsenal laung amaran kepada pencabar

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button