Ciri dan manfaat baharu Akaun Simpanan-i Nuri

Ciri dan manfaat baharu Akaun Simpanan-i Nuri

Ciri dan manfaat baharu Akaun Simpanan-i Nuri
PENGERUSI Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman (tiga kanan) menyampai sumbangan kepada Raees Hussein Mohd Zulhusni dan Zya Filza Fauzi Abdul Fatah selepas merasmikan simbolik perasmian program Nuri Splash Fiesta dan melancarkan pelbagai inisiatif dan manfaat baharu Akaun Simpanan-i Nuri di SplashMania, Gamuda Cove. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Sepang: Bank Rakyat menyasarkan 25,000 kanak-kanak dan remaja membuka Akaun Simpanan-i Nuri baharu sehingga akhir tahun ini susulan pelbagai ciri serta manfaat baharu yang dipertingkatkan menerusi akaun itu.

Bank Rakyat mengambil langkah inovatif memperkenalkan Akaun Simpanan-i Nuri Kids bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, dan Akaun Simpanan-i Nuri Teens bagi remaja berusia 12 hingga 18 tahun, sebagai inisiatif memupuk semangat menyimpan dalam kalangan golongan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata, sebelum ini, Akaun Simpanan-i Nuri hanya boleh dibuka oleh ibu bapa atau penjaga dengan mengunjungi cawangan bank itu.



“Bagaimanapun, dengan ciri baharu yang diperkenalkan, proses pembukaan akaun yang lebih mudah dan pantas kini boleh dilakukan di platform digital Bank Rakyat Quick (BRICK).

“Dengan deposit pembukaan akaun serendah RM20 sahaja, pelanggan boleh menikmati pelbagai faedah seperti kadar keuntungan menarik sehingga 2.00 peratus setahun, keahlian Kelab Nuri secara automatik, peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik serta menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh rakan kolaborasi Kelab Nuri seperti tawaran diskaun, tiket kemasukan percuma dan harga istimewa bagi barangan terpilih,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa




Beliau berkata demikian dalam sidang media pada program Nuri Splash Fiesta di SplashMania, Gamuda Cove, di sini, yang dianjurkan Bank Rakyat.

Program itu menghimpunkan seramai 150 orang pelajar yang mewakili program Sekolah Tanpa Tunai dan sekolah jemputan khas Bank Rakyat sebagai inisiatif memperkenalkan pelbagai ciri dan manfaat baharu Akaun Simpanan-i Nuri.

Mohammad Hanis berkata, Kelab Nuri turut memperkenalkan sebanyak 39 rakan kolaborasi baharu seperti SplashMania @ Gamuda Cove, Pusat Tuisyen PTTI, Jumpstreet Malaysia, Selamatbercuti.com, Super Park dan Big Bounce Park serta banyak lagi untuk menawarkan lebih manfaat kepada ahli kelab.

“Di samping itu, Kad Debit-i Nuri dan Kad Keahlian Kelab Nuri juga kini berwajah baharu dengan reka bentuk yang menarik.



“Kad Debit-i Nuri boleh digunakan sebagai kad keahlian Kelab Nuri dan hanya diberikan kepada pelanggan berusia 12 sehingga 18 tahun, yang mana boleh digunakan di mana-mana mesin ATM Bank Rakyat atau ATM berlogo MEPS di seluruh negara.

“Nuri bukanlah sekadar jenama bagi produk perbankan Bank Rakyat untuk kanak-kanak, tetapi simbolik sebagai wira atau pun ‘hero’ kepada golongan kanak-kanak dan remaja sejak Akaun Simpanan-i Nuri diperkenalkan pada 1994,” katanya.

Beliau berkata, menerusi pelbagai keistimewaan dan faedah baharu ditawarkan, Bank Rakyat berharap Nuri akan terus menjadi inspirasi dan motivasi kepada generasi muda untuk menyimpan serta merancang masa depan mereka dengan lebih baik.

Ciri dan manfaat baharu Akaun Simpanan-i Nuri

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button