Watie Dedah Pernah Melakukan Pembedahan Sebanyak 6 Kali
Hidung Disamakan Seperti Khinzir
Watie Dedah Pernah Melakukan Pembedahan Sebanyak 6 Kali
Satu video yang dimuat naik di Yotube Dol’s Podcast beserta dengan pengakuan kepada isteri Shuib, Watie telah mendapat perhatian.
Mempunyai Masalah Sinus Yang Teruk
Dalam video tersebut, Watie secara terbuka telah mendedahkan dia pernah melakukan pembedahan pada bahagian hidung sebanyak enam kali.
Bukan hanya kerana masalah sinus yang teruk, Watie menjelaskan pembedahan itu dilakukan kerana tidak tahan dikecam banyak pihak tentang bentuk hidungnya.
Hidung yang sekarang ini adalah yang keenam. Salah satu sebab saya buat pembedahan adalah kerana sinus teruk.
Hidung memang selalu tersumbat.
Untuk pengetahuan semua hidung ini adalah palsu.
Sejak lahir memang tidak ada batang hidung, penyek betul.
Masuk sekolah menengah teruk kena ejak sampai tahap saya berazam habis sekolah nak kerja cari duit dan buat hidung.
Menyamakan Hidung Dengan Khinzir
Watie juga memberitahu dia tidak terlepas daripada melalui fasa di buli ketika zaman persekolahan termasuk di media sosial.
Lebih teruk lagi ada yang menggambarkan hidungnya itu seperti khinzir.
Dulu saya tidak tahu makna kemurungan… Saya sedar bila rasa sendiri tak keluar bilik sebab kena ejek. Rasa down.
Bila saya kongsi gambar di media sosial orang komen fasal hidung sehingga ada panggil macam babi.
Itu juga antara punca saya buat pembedahan hidung sehingga pernah terkena jangkitan
Dalam masa sama, dia juga memberitahu pernah mendapat jolokan nama Fati Bawang disebabkan bentuk fizikal hidungnya.
Dalam temu bual tersebut, Shuib juga berharap isterinya itu tidak lagi melakukan sebarang pembedahan dan memuji kecantikan Watie yang kini.
Menyamakan Hidung Dengan Khinzir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mana Pergi Mahathir Dan Muhyiddin Ketika Istiadat Pertabalan Agong, Tak Di Jemput Ker?
- Isu Qunut Nazilah Di Dewan Rakyat: Agamawan Tidak Setuju Tapi Pemimpin PAS Pertahankan
- Jailani Khamis Berhadapan Saman RM100 Juta Dan Hilang Kerusi DUN Rembia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”