Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi

Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi

Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi

 

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Ahad mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Beliau juga telah menyatakan sokongan kepada Naib Presidennya, Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat.



“Adalah satu penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat sebagai presiden anda.”

“Walaupun saya berniat untuk bertanding semula.”

“Saya percaya adalah demi kepentingan parti dan negara untuk saya mengundurkan diri dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas sebagai presiden bagi baki penggal saya.”

“Demokrat, sudah tiba masanya untuk bersatu dan mengalahkan Trump.”



“Mari kita lakukan ini,” kata Joe Biden.

Sementara itu, Kamela Harris, dalam memberikan respon terhadap penarikan diri dan sokongan Biden berkata:

“Saya berbesar hati menerima sokongan Biden dan hasratnya adalah untuk memperoleh dan memenangi pencalonan ini.”

“Sepanjang tahun lalu, saya telah mengembara ke seluruh negara.”



“Bercakap dengan rakyat Amerika mengenai pilihan yang jelas dalam pilihan raya bersejarah ini.”

“Itulah yang akan saya terus lakukan dalam hari-hari dan minggu-minggu akan datang.”

“Saya akan melakukan segala yang saya mampu untuk menyatukan Parti Demokrat dan menyatukan negara kita bagi mengalahkan Donald Trump dan agenda ekstrem Projek 2025 beliau.”

“Kita mempunyai 107 hari sebelum menjelang Hari Pilihan Raya.”



“Bersama-sama, kita akan berjuang.”

“Dan bersama-sama, kita akan menang,” jelas Kamela Harris.

Pengunduran Joe Biden dari mempertahankan jawatan presiden merupakan mesej yang cukup jelas kepada pemimpin lain di dunia, khususnya di Malaysia.

Atas sebab peribadi dan keluarga, Biden sememangnya terdesak untuk mempertahankan jawatan sebagai presiden Amerika Syarikat.



Tetapi keadaan fizikal dan mental beliau tidak mengizinkannya lalu beliau akur.

Mesej yang cukup jelas Joe Biden kepada otai-otai politik di Malaysia seperti Dr Mahathir, Muhyiddin dan juga Hadi adalah:

Udah udah lah tu yob, kome semua sama macam teman, udah tue…

 



Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button