Kejuaraan The Open jadi milik Schauffele

Kejuaraan The Open jadi milik Schauffele

Kejuaraan The Open jadi milik Schauffele
SCHAUFFELE mencium trofi Claret Jug yang dimenanginya pada Kejuaraan The Open awal pagi tadi. – AFP

ROON, SCOTLAND – Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Xander Schauffele berkata ‘ketenangan’ telah membantunya untuk menjuarai Kejuaraan The Open awal pagi tadi.

Lebih manis, kemenangan tersebut memastikan Schauffele melengkapkan gelaran major keduanya dalam tempoh dua bulan selepas terdahulu berjaya merangkul Kejuaraan PGA.

Pada saingan tersebut, pemain berusia 30 tahun itu muncul juara selepas melakukan enam bawah par pada pusingan terakhir sekali gus menutup perlawanan tersebut dengan sembilan bawah par 275 keseluruhan.



Ia menyaksikan Schauffele hanya dibezakan dua pukulan mengatrasi pemain England, Justin Rose dan Billy Horschel dari AS.

Kemenangan tersebut membolehkan Schauffele menjulang trofi Claret Jug dan menjadi pemain pertama menjulang gelaran major dalam tempoh setahun sejak Brooks Koepka melakukannya pada 2018.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Fayshal digantung kerana “surat layang” dan bukan kerana “Blackrock”




“Saya fikir (memenangi PGA) akan membantu saya dan ia benar-benar terjadi. Pada perlawanan tersebut saya mempunyai perasaan tenang seperti ini. Ketenangan tersebut saya tidak miliki sewaktu perlawanan awal di PGA.

“Saya memberi tahu kedi saya, Austin Kaiser bahawa saya berasa cukup tenang ketika turun di lapanga dan saya cuba memberikan yang terbaik,” kata pemain No. 3 dunia itu.

Nasib berbeza dialami pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler dan juara major dua kali, Jon Rahm selepas masing-masing bergelut mendapatkan pukulan terbaik apabila menamatkan saingan di kedudukan ketujuh ke bawah bersama Im Sung-jae dari Korea Selatan.

Beberapa bintang golf utama bergelut minggu ini disebabkan keadaan cuaca yang mencabar termasuk Rory McIlroy dan juga Tiger Woods yang mencatat prestasi terburuk. – AGENSI



Kejuaraan The Open jadi milik Schauffele

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button