UMNO Masih Lagi Jejaka Yang Menjadi Idaman Parti Politik Berstatus Janda

UMNO Masih Lagi Jejaka Yang Menjadi Idaman Parti Politik Berstatus Janda

UMNO Masih Lagi Jejaka Yang Menjadi Idaman Parti Politik Berstatus Janda

 

Di atas pentas politik dan di dalam sosial media, pemimpin Pakatan Harapan, terutamanya pemimpin PAS dan pemimpin PPBM, mengecam UMNO.

UMNO digambarkan sebagai sebuah parti politik yang sudah tersasar jauh dari perjuangan asal penubuhannya yang diasaskan oleh pejuang kemerdekaan tanah air.



UMNO digambarkan sebagai sebuah parti politik yang paling keji, yang sering menggunakan rakyat untuk kemewahan golongan elit pemimpin atasan UMNO.

Sejak dari tahu 70’an dan masih berkekalan hingga ke hari ini, budaya mengkafirkan akar umbi dan pemimpin UMNO sudah menjadi darah daging pemimpin PAS.

Undi UMNO masuk neraka, itu cogankata yang sering dilaungkan oelh pemimpin PAS apabila ada pilihanraya.

Tidak kurang dengan pemimpin PPBM.



Mereka menuduh UMNO sebagai parti yang sudah hampir karam, mengalami defisit sokongan orang Melayu.

Malah tanpa segan silu, mereka menuduh UMNO sebagai parti yang menjadi punca perpecahan kuasa politik orang Melayu.

Dunia politik hari ini adalah dunia yang penuh hipokrasi.

Apa yang kita lihat dengan mata dan dengar dengan telinga tidak sama dengan realiti yang sedang berlaku di belakang tabir.



Di sebalik kecaman dan hinaan kepada UMNO, pemimpin PAS dan PPBM, masih lagi terhegeh-hegeh memujuk UMNO untuk bersama mereka.

Ibarat janda tua yang meroyan dan mengidam untuk terus memikat teruna perkasa.

Pelbagai versi cerita dicipta untuk menimbulkan naratif kononnya UMNO masih lagi bernafsu untuk bersama-sama dengan kedua-dua janda tua tersebut.

Persoalannya, mengapa?



PAS dan PPBM tahu, orang Melayu masih lagi sayangkan UMNO.

Orang Melayu hanya menunggu pemimpin yang sesuai menerajui UMNO untuk sokongan mereka kembali kepada UMNO.

Rekod cemerlang UMNO memerintah negara sudah terbukti selama 6 dekad.

Selepas itu, perpaduan, ekonomi dan kestabilan politik negara hancur apabila musuh-musuh UMNO memerintah negara.



UMNO juga mempunyai jentera yang tersusun di seluruh pelusuk negara.

Apa yang perlu dilakukan adalah mengaktifkan semula jentera tersebut.

Mengenai PAS dan PPBM, biarlah mereka terus meroyan.

 



UMNO Masih Lagi Jejaka Yang Menjadi Idaman Parti Politik Berstatus Janda

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button