Lelaki baling batu besar ke arah cermin kereta diburu

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki baling batu besar ke arah cermin kereta diburu
Tangkap layar video tular penunggang motosikal membaling seketul batu ke arah cermin sebuah kereta dalam kejadian di Jalan SS14, Subang Jaya, 14 Julai lalu.

Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang membaling seketul batu ke arah cermin sebuah kereta dalam kejadian di Jalan SS14, di sini, 14 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.40 ketika pasangan suami isteri memandu kenderaan jenis Perodua Myvi.



Katanya, mangsa seorang wanita berusia 42 tahun memaklumkan diekori seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal serta nombor pendaftaran tidak diketahui.

“Semasa mangsa membelok di lokasi kejadian, mangsa terdengar bunyi hentakan juay di bahagian belakang keretanya.

“Pemeriksaan mangsa mendapati belakang kenderaanya telah pecah dan mengalami kerugian sekitar RM400,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai jurubahasa bersama dengan suami ketika kejadian.



Jelas Wan Azlan, mangsa serta suami tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak serta tidak mengenali suspek yang mengekorinya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Mana-mana pihak mempunyai maklumat boleh salurkan ke pegawai penyiasat Asisten Superintenden, Ahmad Faizal Shaikh Ab Rahim di talian 019-7506606,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button