Kronologi kehilangan Albertine

Oleh – Syeikh Baran


Kronologi kehilangan Albertine
Jia Hui.

Berikut ialah kronologi kehilangan Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang pada 20 Julai lalu, sehingga penemuan kanak-kanak tersebut oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

20 Julai



– Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang ketika bermain di pusat perniagaan Eco Galleria 3, Taman Botani, Iskandar Puteri.

– Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 malam ketika bermain di sekitar kawasan perniagaan terbabit.

– Mangsa disedari hilang oleh bapanya sebelum membuat pencarian di sekitar kawasan tetapi tidak menjumpainya.

21 Julai



– Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan memaklumkan, kali terakhir Jia Hui dilihat memakai baju berwarna putih terdapat logo Mickey Mouse di bahagian dada dan seluar pendek.

22 Julai

– Beberapa pihak tampil memberikan wang ganjaran antaranya RM10,000 dan RM50,000 sekiranya ada pihak menemui mangsa.

– Ibu Jia Hui, Leo Qieo Xin, 37, menggesa masyarakat untuk henti menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung kejadian kehilangan kanak-kanak itu.



– Wanita tersebut memberitahu dia tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak yang meminta wang tebusan.

– Polis menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dalam usaha mengesan Jia Hui meliputi pemeriksaan persekitaran lokasi penganjuran acara Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

23 Julai

– Empat individu ditahan polis di kawasan Iskandar Puteri pukul 1.30 tengah hari (22 Julai) membantu siasatan kehilangan Jia Hui.



– Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan cara yang salah.

– Polis mengklasifikasikan kehilangan Jia Hui sebagai kes culik.

– Seterusnya, keempat-empat suspek termasuk dua wanita berusia antara 28 hingga 55 tahun direman empat hari di Mahkamah Johor Bahru bagi permohonan reman.

– Polis mengesahkan kanak-kanak tersebut selamat ditemui di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pukul 4.30 pagi.



– Dalam serbuan itu, polis turut menangkap seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun di lokasi yang sama. Suspek dijangka direman petang ini.

– Setakat ini seramai lima tangkapan dibuat melibatkan tiga lelaki dan dua wanita tempatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button