Young Tigers asah taring di Australia

Young Tigers asah taring di Australia

Young Tigers asah taring di Australia
SKUAD hoki remaja negara akan bermain empat perlawanan dengan B-21 Australia dan dua menentang Kelab Hoki Queensland. – MHC

BAGI memastikan skuad hoki remaja lelaki kebangsaan berada dalam keadaan bersedia menghadapi Piala Sultan Johor dan Piala Remaja Asia 2024, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengambil keputusan mengatur siri jelajah di Brisbane, Australia.

Siri jelajah bermula esok hingga 6 Ogos depan itu bertujuan memberikan pendedahan kepada pemain-pemain dengan aksi berintensiti tinggi termasuk menentang skuad bawah 21 tahun (B-21) Australia.

Sebanyak enam perlawanan diatur dengan empat daripadanya merupakan pertemuan dengan skuad B-21 Australia, manakala dua lagi melibatkan aksi menentang Kelab Hoki Queensland.



Pengurus pasukan remaja lelaki kebangsaan, S. Ganesan berharap skuad kendalian I. Vikneswaran itu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan bagi mengutip sebanyak mungkin pengalaman sepanjang siri jelajah berkenaan.

“Selepas sesi pemilihan pemain yang diadakan baru-baru ini, Siri Jelajah Brisbane merupakan langkah pertama bagi mempersiapkan pasukan yang akan menghadapi dua kejohanan, iaitu Piala Sultan Johor Oktober depan dan Piala Remaja Asia Disember nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi




“Saya berharap setiap pemain yang diberikan kepercayaan bersama pasukan akan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya. Mereka perlu buktikan mengapa mereka harus terus kekal berada dalam pasukan,” katanya.

Berdasarkan pemilihan dibuat sebelum ini, seramai 26 pemain dipilih bagi menggalas tugas tersebut termasuk dua penjaga gol, Mohamad Rafaizul Mohamad Saini dan Muhammad Danish Afnan Mohd. Faizal yang turut beraksi pada Piala Dunia Remaja 2023.

“Barisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan mereka dapat berkembang secepat mungkin dan membentuk satu pasukan terbaik yang memiliki persefahaman antara satu sama lain,” ujar Ganesan.

Young Tigers asah taring di Australia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button