Atlet paling seksi di dunia gegar Olimpik

Atlet paling seksi di dunia gegar Olimpik

Atlet paling seksi di dunia gegar Olimpik
SCHMIDT tidak sabar untuk membantu kuartet 4x400m campuran di Olimpik Paris kali ini. – AFP

JERMAN – Jelitawan trek dan balapan Jerman, Alica Schmidt tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila mengetahui bahawa dia terpilih menyertai pentas berprestij Sukan Olimpik Paris 2024.

Atlet berusia 25 tahun itu akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti campuran 4×400 meter (m) menyatakan peluang keemasan tersebut sebagai impian terbesar yang telah menjadi kenyataan.

“Saya akan berada di Paris untuk mencipta kenangan yang akan kekal seumur hidup. Setiap hari saya bermotivasi dan mengingatkan diri sendiri supaya tidak pernah berputus asa dengan matlamat saya. Saya dan berusaha keras untuk meraihnya.



“Tidak kira sebesar mana pun impian anda, jika anda komited dan percaya pada diri sendiri, perkara baik akan datang kepada anda,” katanya.

Atlet paling seksi di dunia gegar Olimpik
SCHMIDT merupakan bintang media sosial terkenal dengan mempunyai 7.2 juta pengikut di halaman Instagram dan TikTok.

Schmidt yang dilabel sebagai atlet wanita paling seksi di dunia pernah terpilih sewaktu edisi Olimpik Tokyo 2020 di Jepun, namun terpaksa berputih mata apabila sekadar diletakkan sebagai pelari simpanan ketika itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi




Kini, peluangnya untuk membuat penampilan pertama secara rasmi bakal menjadi kenyataan apabila dia tersenarai antara empat pelari utama Jerman memperkuatkan kuartet 4x400m campuran di Paris kali ini.

Dalam perkembangan sama, Schmidt yang juga merupakan bintang media sosial dengan 7.2 juta pengikut di halaman Instagram dan TikTok, mendedahkan dia pernah menolak tawaran lumayan daripada sebuah syarikat terkenal.

Bintang tersebut dikatakan sanggup menolak penajaan bernilai enam angka kerana masih ragu-ragu dengan perjanjian ditawarkan syarikat tersebut walaupun pendapatannya sebagai atlet tidak setanding dengan tawaran tersebut. – AGENSI

Atlet paling seksi di dunia gegar Olimpik

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button