Dua remaja lelaki cedera terkena serpihan batu runtuhan Mydin

Oleh – Syeikh Baran


Dua remaja lelaki cedera terkena serpihan batu runtuhan Mydin
KEADAAN runtuhan dinding bangunan Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi di Ipoh hari ini.

Dua remaja lelaki cedera selepas terkena serpihan batu dari runtuhan dinding bangunan Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.45 petang.



“Runtuhan melibatkan dinding sebelah kanan bangunan pasar raya di mana dua individu yang menunggang motosikal dikatakan telah terkena serpihan batu ketika melalui jalan bersebelahan bangunan tersebut.

“Operasi tidak melibatkan kerja-kerja menyelamat kerana ketika pasukan tiba di lokasi, kedua-dua mangsa yang cedera ringan telah dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Media pada 10 Mac lalu melaporkan, bomba menerima laporan kejadian kebakaran pasar raya itu pada pukul 7.09 malam melibatkan bilik suis utama di tingkat atas bangunan.

Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian bumbung dan tingkat satu yang menempatkan pakaian, barangan elektrik dan stor barangan selain berlaku runtuhan dinding pada bahagian kanan premis.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button