Bapa buang rantai berlian RM27,000 dalam tong sampah

Oleh – Syeikh Baran


Bapa buang rantai berlian RM27,000 dalam tong sampah
GAMBAR fail seorang jurujual bersama seutas rantai berlian. – Foto AFP

Seorang lelaki di Chennai secara tidak sengaja membuang seutas rantai berlian berharga  500,000 rupee (RM27,905) ke dalam tong sampah, lapor portal berita The Hindustan Times semalam.

Lelaki dikenali sebagai Devaraj itu menerima hadiah rantai berlian daripada ibunya sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Devaraj.



Sejurus menyedari dia telah membuang rantai itu, Devaraj segera menghubungi pihak berkuasa. 

Selepas pencarian bersungguh-sungguh dilakukan oleh pekerja pembersihan, rantai berlian itu akhirnya berjaya ditemukan, lapor akhbar India Today.

Pemandu  syarikat pengurusan sisa Urbaser Sumeet yang mendapat kontrak pengurusan sampah di lokasi kejadian, J. Anthonysamy  telah mengetuai pencarian tersebut. 

Rantai berlian itu ditemukan tersangkut pada kalungan bunga di dalam tong sampah. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button