Misteri Ferrari terbiar, netizen dakwa pemilik tak mampu bayar ansuran bulanan

Oleh – Syeikh Baran


Misteri Ferrari terbiar, netizen dakwa pemilik tak mampu bayar ansuran bulanan
SEBUAH kereta Ferrari ditinggalkan di tempat meletakkan kenderaan di Singapura. – Foto SGASAP22/TikTok

Sebuah kereta Ferrari dibiarkan di tempat meletakkan kenderaan  sebuah blok kediaman di Singapura, lapor portal berita The New Paper hari ini.

Satu rakaman video menunjukkan kenderaan berwarna gelap itu dimuat naik di platform TikTok baru-baru ini.



Dalam rakaman itu, daun-daun kering kelihatan melekat badan kereta tersebut.

Bagaimanapun, terdapat notis pada Ferrari itu menyatakan bahawa ia ditemui ditinggalkan di Lot 69, berdekatan Blok 534, Jalan Jurong Barat 52.

Pemilik kereta itu diminta mengalihkannya dari tempat parkir kenderaan blok tersebut menjelang 1 Ogos ini.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemiliknya akan didenda.



Sementara itu, sebilangan netizen berkata di ruangan komen bahawa pemilik kereta sport mewah itu tidak dapat membayar ansuran bulanan menyebabkan ia dibiarkan di tempat letak kenderaan.  – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button