Hampir 74 peratus pekebun kecil sawit capai pensijilan MSPO

Hampir 74 peratus pekebun kecil sawit capai pensijilan MSPO

Hampir 74 peratus pekebun kecil sawit capai pensijilan MSPO
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Sebanyak 73.88 peratus pekebun kecil persendirian mencapai pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat 30 Jun lepas.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata peratusan itu berada pada tahap yang masih tidak memuaskan.

“Kita mahu menuju ke satu tahap yang lebih tinggi, dengan keseluruhan pekebun kecil persendirian atau tersusun serta estet untuk mencapai 85 peratus bagi pensijilan MSPO,” katanya pada persidangan Dewan Negara, hari ini.



Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Abdul Halim Suleiman mengenai proses bantuan kepada pekebun kecil.

Chan berkata insentif kepada pekebun kecil persendirian diberikan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan kos pengauditan, alat perlindungan diri (PPE), rak simpanan racun, latihan amalan pertanian baik serta dokumentasi MSPO diberikan secara percuma.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesej Joe Biden Kepada Mahathir, Muhyiddin Dan Hadi




“Insentif ini masih dilaksanakan bagi pekebun kecil bertujuan mengurangkan beban kewangan mereka untuk mengekalkan pensijilan MSPO apabila tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata taklimat dan latihan juga dijalankan untuk pihak industri sawit bagi membantu mereka dalam pematuhan piawaian MSPO.

“MPOB turut mewujudkan Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) untuk memudahkan pengurusan pekebun kecil secara berkumpulan di bawah kelolaan pegawai tunas yang akan memberi latihan kepada pekebun kecil mengenai pensijilan MSPO.

“Sistem latihan secara berkelompok telah dirangka dan dilaksanakan untuk memastikan pekebun kecil mendapat pendidikan berterusan mengenai kaedah pengurusan ladang yang mampan dan pematuhan kepada piawaian pensijilan MSPO,” katanya.



Hampir 74 peratus pekebun kecil sawit capai pensijilan MSPO

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button