“First Time Terhentak Kuat Belakang Kepala…”-Ubai MZ [VIDEO]

“First Time Terhentak Kuat Belakang Kepala…”-Ubai MZ [VIDEO]

“First Time Terhentak Kuat Belakang Kepala…”-Ubai MZ [VIDEO]

Pempengaruh media sosial yang juga suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Ubaidillah Zulkefli atau lebih mesra disapa Ubai berkongsi detik cemas apabila bahagian belakang kepalanya mengalami hentakan ketika bermain bola sepak malam tadi.

“Kepala Pening & Berdenyut…”

Ubai, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menyatakan bahawa ia adalah kali pertama dirinya mengalami hentakan yang kuat pada bahagian belakang kepalanya selain penglihatannya mula terbatas disebabkan insiden yang berlaku.



“First time terhentak kuat belakang kepala. Leher dan tengkuk memang habis out. Vision jadi blur, semua benda nampak double. Kepala pening dan berdenyut.”-kongsi Ubai di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)



Dinasihati Doktor Jalani Tempoh Pemulihan Selama 6 Minggu

Turut berkongsi keadaan terkini selepas menjalani pemeriksaan CT Scan, Ubai dinasihati pihak doktor untuk menjalani tempoh pemulihan selama enam minggu selain rawatan fisioterapi dua minggu kemudian.

“Selesai final checkup. Scalp Hematoma, Interspinal Ligaments c3 c5, Physiotherapy after 2 weeks, 6 weeks recovery and rest.

Selesai CT scan, saya berehat sebulan atas nasihat doktor dan mem besar, Shila Amzah.”-tulis Ubai lagi



“First Time Terhentak Kuat Belakang Kepala…”-Ubai MZ [VIDEO]

Sekadar info, Ubai mendirikan rumah tangga dengan Shila Amzah pada 5 Ogos 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dkurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Shila turut mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulu dengan Haris Idraki Elias.

“First Time Terhentak Kuat Belakang Kepala…”-Ubai MZ [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button