Norza bakal dilantik Naib Presiden OCA

Norza bakal dilantik Naib Presiden OCA

Norza bakal dilantik Naib Presiden OCA
NORZA merupakan calon tunggal untuk jawatan Naib Presiden OCA zon Asia Tenggara, sekali gus menyaksikan dia hampir pasti menyandang jawatan tersebut.

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria secara tidak rasmi bakal dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi zon Asia Tenggara menjelang Perhimpunan Agung di New Delhi, India 8 September depan.

Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hampir pasti untuk menyandang jawatan tersebut kerana merupakan calon tunggal, sekali gus menyaksikan beliau tidak ditentang pencabar lain.

Dalam pada itu, Norza yang dicalonkan 12 Julai lalu turut menerima sokongan sebulat suara daripada 10 Ahli Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Asia Tenggara yang lain termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.



Lebih manis, beliau akan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia kedua memegang jawatan tersebut selepas Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah yang menjawatnya pada 1982.

“Saya berasa rendah diri dan berbesar hati untuk dicalonkan sebagai calon tunggal bagi jawatan Naib Presiden OCA untuk zon Asia Tenggara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anak Bossku Nafi Adakan Perbincangan Dengan Pemimpin PN




“Saya turut berbangga kerana menjadi orang kedua dari Malaysia selepas Tan Sri Hamzah yang dipilih sebagai Naib Presiden OCA selepas hampir empat dekad,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sebagai rekod, Perhimpunan Agung OCA akan menjalankan pemilihan untuk lembaga eksekutif bagi penggal 2024-2028, termasuk seorang presiden, lima naib presiden yang mewakili zon, lima ahli dari setiap zon berlainan jantina kepada naib presiden masing-masing serta dua wakil dari jawatankuasa Atlet OCA.

Sementara itu, 15 pengerusi jawatankuasa tetap berkanun akan turut dipilih. – KOSMO! ONLINE

Norza bakal dilantik Naib Presiden OCA

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button