1 peratus terkaya miliki harta lebih RM196 trilion

Oleh – Syeikh Baran


1 peratus terkaya miliki harta lebih RM196 trilion
PRESIDEN Brazil, Inacio Lula da Silva menghadiri sidang peringkat menteri G20 di Rio de Janeiro semalam. – AFP

Kumpulan terkaya yang membentuk satu peratus populasi dunia meningkatkan harta mereka dengan nilai keseluruhan mencecah AS$42 trillion (RM196.15 trilion) sejak satu dekad lalu, kata Oxfam hari ini, menjelang sidang kemuncak G20 di Brazil.

Di sebalik kekayaan menggunung, cukai terhadap mereka adalah yang paling kecil  dalam sejarah, tambah badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.



Brazil menjadikan kerjasama antarabangsa untuk mengenakan cukai lebih tinggi terhadap golongan ‘super kaya’ itu sebagai agenda utama dalam gilirannya sebagai Presiden G20.

Negara kumpulan 20 itu merangkumi 80 peratus keluaran dalam negara kasar dunia.

Pada sidang kemuncak di Rio de Janeiro minggu ini, menteri-menteri kewangan G20 dijangka mencapai kemajuan dalam merangka kaedah untuk meningkatkan levi terhadap kelompok super kaya dan menghalang bilionair-bilionair daripada mengelak cukai.

Cadangan Brazil  itu dijangka hangat diperdebatkan pada sidang berkenaan hari ini dan esok dengan Perancis, Sepanyol, Afrika Selatan, Colombia dan Kesatuan Afrika menyokong penuh usul tersebut tetapi dibantah oleh Amerika Syarikat.



Oxfam menganggapnya sebagai ‘ujian litmus’ kepada kerajaan-kerajaan G20. NGO itu mendesak G20 mengenakan cukai bersih sekurang-kurangnya lapan peratus terhadap kelompok super kaya dan bilionair lain.

“Adakah anda mempunyai kemahuan politik untuk menetapkan standard global yang mendahulukan keperluan majoriti daripada ketamakan kelompok kecil elite?” kata Oxfam dalam satu kenyataan.

Menurutnya, angka AS$42 trilion itu hampir 36 kali ganda kekayaan terkumpul separuh populasi dunia.

Bagaimanapun, kelompok terkaya itu hanya membayar cukai kurang 0.5 peratus daripada kekayaan terkumpul mereka di seluruh dunia, demikian menurut NGO tersebut. – AFP 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button