Lelaki ‘Bezza’ larikan dua kanak-kanak didakwa esok

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki ‘Bezza’ larikan dua kanak-kanak didakwa esok
Suspek yang berjaya ditahan polis pada Ahad lalu

Seorang lelaki yang disyaki melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza di Kuala Selangor akan dihadapkan ke mahkamah, esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek tempatan yang bekerja sebagai penjual goreng pisang berusia 32 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sungai Besar, kira-kira pukul 9 pagi.



Katanya, kertas siasatan kes itu telah dilengkapkan pihaknya dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) Selangor.

“Kita telah mendapat arahan daripada PPN untuk suspek didakwa dua kesalahan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan kanak-kanak daripada jagaan yang sah.

“Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda,” katanya hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suasana di sekitar Jeram gempar apabila dua kanak-kanak dilaporkan hilang selepas dilarikan lelaki menaiki Bezza ketika pulang mengaji petang 19 Julai lalu.



Suspek dipercayai berpura-pura bertanyakan alamat dan membawa mangsa bersiar-siar lebih sejam sebelum menurunkan mereka semula di taman perumahan berdekatan. 

Sumber – KOSMO!ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button