Netanyahu Di Malukan Ketika Lawatan Ke Amerika Syarikat

Netanyahu Di Malukan Ketika Lawatan Ke Amerika Syarikat

Netanyahu Di Malukan Ketika Lawatan Ke Amerika Syarikat

 

Penunjuk perasaan yang menuntut Amerika Syarikat (AS) menghentikan bantuan ketenteraan kepada Israel mengadakan protes besar-besaran sempena lawatan, Benjamin Netanyahu.

Mereka bertindak menaikkan bendera Palestin dan membakar bendera AS di luar Union Station di Washington.



Ia sebagai membantah kunjungan Netanyahu bagi berucap di Kongres AS mengenai konflik Israel-Palestin.

Netanyahu, kini sedang mencari sokongan penggubal undang-undang AS untuk perang Israel di Gaza.

Beliau membentangkan rancangan besar untuk deradikalisasi pasca perang Gaza dan menggembar-gemburkan potensi pakatan masa depan antara Israel dan negara sekutu Arab-AS lain.

Beliau dijadualkan bertemu Presiden AS, Joe Biden dan Naib Presiden AS, Kamala Harris.



Selepas itu, beliau akan menemui bekas Presiden AS, Donald Trump, pada hari berikutnya.

Sejurus sebelum beliau mula berucap, Polis Capitol AS berkata penunjuk perasaan yang berarak cuba melepasi sekatan dan tidak berganjak apabila diminta bersurai.

“Orang ramai tidak mematuhi arahan kami untuk berundur menjauhi garisan polis.”

“Kami menggunakan semburan lada kepada sesiapa yang cuba merempuh dan melintasi garisan itu,” kata polis dalam satu kenyataan.



Sindiran Netanyahu Di Balas Dengan Kecaman Oleh Penunjuk Perasaan

 

Malu dengan bantahan tersebut, Netanyahu mengecam penunjuk perasaan ketika menyampaikan ucapan di Kongres.

Secara sinis beliau berkata, beliau ‘bersimpati’ untuk penunjuk perasaan yang diperalatkan pihak tertentu yang sebenarnya melakukan kezaliman.

“Tentera Tehran bertindak zalim menghukum gantung individu gay menggunakan kren dan membunuh wanita kerana mendedahkan rambut.”



“Namun, anda (penunjuk perasaan) memuji, mempromosi dan menyokong serta memberi dana.”

“Anda secara rasmi menjadi bahalol yang berguna untuk diperalatkan Iran bagi agenda tersendiri,” kata Netanyahu.

Penunjuk perasaan memberikan respon yang tegas dan menafikan tuduhan sedemikia.

Protes mereka adalah tindak balas kepada krisis kemanusiaan di Gaza yang mengakibatkan hampir keseluruhan 2.3 juta penduduk memnjadi pelarian di negara sendiri.



Satu pentas berhampiran lokasi protes berhampiran bangunan Capitol dipenuhi sepanduk, termasuk yang tertera mesej menuduh Netanyahu sebagai Penjenayah Perang Dikehendaki.

Ia merujuk kepada waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Netanyahu.

Berpuluh-puluh Ahli Parlimen Demokrat tidak menghadiri sesi ucapan Netanyahu kepada Kongres.

Malah mereka menyatakan kekecewaan terhadap kematian serta krisis kemanusiaan di Gaza di mana hampir 40,000 orang awam terkorban akibat perang.



 

Netanyahu Di Malukan Ketika Lawatan Ke Amerika Syarikat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button