Benarkah Kerajaan Bersetuju Batalkan Larangan Terima Dana Syarikat Arak Untuk Sekolah Vernakular?

Benarkah Kerajaan Bersetuju Batalkan Larangan Terima Dana Syarikat Arak Untuk Sekolah Vernakular

Benarkah Kerajaan Bersetuju Batalkan Larangan Terima Dana Syarikat Arak Untuk Sekolah Vernakular?

 

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata KPM akan membuat kenyataan mengenai isu terima dana dari syarikat arak.

Fahmi berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet hari ini.



“Menteri pendidikan akan jawab.”

“Sila hubungi Kementerian Pendidikan.”

“Saya serahkan kepada Kementerian Pendidikan, mereka telah diberitahu untuk jawab.”

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tegas dengan pendirian tidak membenarkan mana-mana sekolah menerima tajaan dari syarikat arak.



Manakala SUA DAP, Anthony Loke pula berkata, beliau akan bawa perkara ini ke kabinet supaya garis panduan sedia ada di ubah.

Anthony Loke berkata garis panduan tersebut tidak seharusnya mengandungi sekatan itu.

Sekurang-kurangnya untuk sekolah rendah Cina.

Namun Sin Chew Daily melaporkan kabinet memutuskan, larangan sumbangan daripada syarikat tembakau dan minuman keras tidak akan terpakai untuk sekolah vernakular Cina.



Laporan itu berkata sementara kabinet memutuskan untuk mengekalkan garis panduan itu.

Ia tidak akan dikenakan kepada sekolah Cina atau bukan Islam.

Sekiranya benar seperti apa yang dilaporkan oleh Sin Chew Daily, calon PH/BN di PRK DUN Nenggiri sudah boleh melupakan impian untuk menang.

Ianya pasti akan digunakan sebagai bahan kempen utama oleh Perikatan Nasional di PRK Nenggiri.



Sebenarnya isu menerima tajaan dari syarikat arak bukan hanya isu sensitiviti ugama Islam dan bangsa Melayu.

Ia lebih kepada pendedahan yang akan kita berikan kepada generasi akan datang.

Adakah kita mahu memberikan pendedahan dan galakan awal kepada generasi akan datang kepada unsur negatif?

Di mana rasionalnya kerajaan melarang iklan arak di media, tetapi membenarkan dana diterima dari syarikat arak?



Dan jangan lupa, anak-anak yang belajar di sekolah vernakular tidak hanya anak bangsa Cina, tetapi juga ada anak bangsa Melayu di sana.

 

Benarkah Kerajaan Bersetuju Batalkan Larangan Terima Dana Syarikat Arak Untuk Sekolah Vernakular?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button