Gerai makan di tengah kubur mahu jamu siapa?
Oleh – Syeikh Baran
Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah gerai makan dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @zaenaldjaprax, pelbagai snek dan minuman segera tergantung untuk dijual di gerai tersebut.
Ia turut menyediakan makanan seperti mi goreng, sosej bakar, roti burger, kebab dan banyak lagi.
Hantaran itu mengundang perhatian orang ramai dan meraih lebih 283,300 tontonan serta 296 komen.
“Tengah malam mesti ‘ramai’ di warung itu,” kata seorang pengguna laman sosial sebagai merujuk kepada makhluk halus.
“Ini pasar ghaib,” kata netizen lain. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE