Ancaman letusan matahari Jumaat ini

Oleh – Syeikh Baran


Ancaman letusan matahari Jumaat ini
GAMBAR fail nyalaan solar di permukaan matahari. – NASA

Satu letusan plasma gelap di matahari berjaya dirakam oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Letusan itu mempunyai risiko 60 peratus menyebabkan gelombang radio terputus selain mengganggu sistem komunikasi penerbangan dan satelit minggu ini.



Nyalaan suria ‘sejuk’ pada suhu 19,982 darjah Celsius itu adalah kira-kira satu perempat daripada suhu suar suria ‘panas’ matahari. 

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) mengeluarkan amaran kelmarin bahawa nadi plasma gelap itu boleh membawa kepada turun naik grid kuasa.

Suar itu berpotensi mengganggu gelombang radio, komunikasi penerbangan dan operasi satelit sekurang-kurangnya pada Jumaat ini.

Video NASA dari Balai Cerap Dinamik Suria menunjukkan awan gelap nyalaan suria sejuk meletus dari matahari.



Ia mencipta apa yang kelihatan seperti asap hitam apabila plasma yang lebih sejuk daripada purata itu ‘menembak’ ke utara di atas permukaan matahari.

NOAA memberitahu terdapat peluang 60 peratus nyalaan suria tahap sederhana atau kelas M dalam tempoh 24 jam akan datang.

Ia juga mendedahkan terdapat risiko 15 peratus untuk nyalaan suria kelas X yang lebih ekstrem sehingga boleh mencetuskan terputusnya gelombang radio di seluruh dunia. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button