PATI jadi ‘pak guard’ di Balakong dicekup

Oleh – Syeikh Baran


PATI jadi ‘pak guard’ di Balakong dicekup
Pengawal keselamatan haram antara ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Balakong, Seri Kembangan, semalam.

Berpakaian serba lengkap sebagai pengawal keselamatan tetapi merupakan Pendatang asing tanpa izin (PATI).

Demikian antara helah yang dibongkarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menerusi serbuan 28 premis termasuk persekitaran, pusat perniagaan dan pondok pengawal di Balakong, di sini, semalam.



Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi dilakukan kira-kira pukul 11 pagi itu menahan 36 pati lelaki berusia 20 hingga 40 tahun hasil pemeriksaan 114 individu.

“PATI yang ditahan terdiri daripada 11 Bangladesh, Nepal (12 orang), Myanmar (7 lelaki), Indonesia (2 orang), Pakistan (2 orang) dan Pakistan (2 orang).

“Antara kesalahan yang dikesan ialah PATI yang salah guna permit kerja sebagai buruh binaan bekerja di pasar raya.

“Selain itu, terdapat juga PATI yang digajikan sebagai pengawal keselamatan selain beberapa tindakan cubaan melarikan diri serta menyamar sebagai pelanggan semasa pemeriksaan di beberapa premis,” katanya hari ini.



Beliau berkata, PATI yang ditahan ini masing-masing bekerja di pasar raya, kedai runcit, kedai makan serta tukang gunting rambut selain pengawal keselamatan.

Katanya, tindakan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua PATI dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button