Taufan Gaemi menuju China selepas hentam Taiwan

Oleh – Syeikh Baran


Taufan Gaemi menuju China selepas hentam Taiwan
BOT-BOT nelayan berlindung di sebuah pelabuhan di Yilan, Taiwan menjelang ketibaan Taufan Gaemi semalam. – AFP

Taufan Gaemi bergerak ke China hari ini selepas semalaman membadai Taiwan, menyebabkan dua orang terkorban ketika hujan lebat dan angin kuat terus melanda pulau berkenaan.

Pada hari sebelumnya, Taiwan membatalkan latihan tentera tahunannya, menutup sekolah serta pejabat dan memindahkan beribu-ribu penduduk dari kawasan berisiko tinggi.



Menjelang pagi tadi, angin kencang Gaemi menjadi lemah kepada 154 kilometer sejam berbanding 190 kilometer sejam sebelumnya, selepas pusat taufan itu bergerak ke laut sekitar pukul 4.20 pagi(waktu tempatan), kata Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan.

“Bagaimanapun, angin kuat dan hujan lebat berterusan mengancam berbilang kawasan di Taiwan dan pulau sekitarnya termasuk Penghu, Kinmen dan Matsu,” kata agensi sama.

Ribut itu kini menuju ke wilayah Fujian di China, manakala Taiwan masih mengalami hujan lebat dan banjir di selatan pulau itu.

Sebilangan bandar termasuk Taipei mengumumkan penutupan sekolah dan pejabat untuk hari kedua berturut-turut hari ini.



Lebih 200 orang cedera dan dua  terbunuh sebelum Gaemi tiba di daratan di Taiwan sekitar tengah malam tadi.

Seorang pengguna jalan raya di bandar Kaohsiung mati dihempap pokok tumbang, manakala seorang wanita di Hualien, timur Taiwan meninggal dunia selepas serpihan bangunan menimpa keretanya. – AFP 

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button