Azeem tak gentar jumpa jaguh Olimpik

Azeem tak gentar jumpa jaguh Olimpik

Azeem tak gentar jumpa jaguh Olimpik
AZEEM dikatakan mampu mengulangi catatan peribadinya meskipun prestasinya tidak berada pada tahap terbaik sejak kebelakangan ini. – FB MALAYSIAN ATHLETIC FEDERATION

OLIMPIAN negara, Nazmizan Muhammad meletakkan harapan cukup tinggi kepada jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi untuk menyinar di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bekas raja pecut Asia Tenggara itu percaya bahawa pelari muda berusia 20 tahun tersebut mampu mengulangi catatan masa 10.09 saat (s) ketika mencipta rekod 100 meter (m) Malaysia pada 2022 apabila turun bersaing di Stade de France bermula 3 Ogos nanti.

“Fokus kepada larian, lihat balik video ketika lari dengan catatan 10.09s itu. Inilah masanya untuk dia tunjukkan kepada dunia, kewujudun Azeem Fahmi di Olimpik,” kata Nazmizan yang pernah beraksi di Olimpik Athens 2004 dalam acara 200m.



Dalam pada itu, Nazmizan cukup percaya pelari berusia 20 tahun itu tidak akan gugup ketika turun menggegarkan Stade de France kerana mempunyai pengalaman bersaing dengan pelari-pelari yang memiliki catatan terpantas dunia sepanjang berada di Amerika Syarikat.

“Gugup itu penting kerana ia akan membantu seseorang atlet beraksi dengan baik tetapi saya yakin Azeem tidak akan berdepan perasaan yang terlalu melampau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP




“Dia sudah berlari bersama pelari pantas dunia ketika beraksi di NCAA (Amerika Syarikat), malah di peringkat Asia juga dia berjaya memenangi pingat gangsa. Jadi gugup hingga menjejaskan prestasi itu tidak akan berlaku,” ujarnya.

Azeem yang meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 berpeluang mencipta sejarah baharu sebagai pelari pertama dari rantau Asia Tenggara berjaya mencipta masa bawah 10s sekiranya dapat melakukan catatan itu di Paris nanti.

Seandainya berjaya, penuntut Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat itu juga akan menjadi pelari ke-10 dari benua Asia berjaya merekodkan masa mengagumkan tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana dua seteru Asia Tenggara iaitu bekas juara remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri dan bintang pecut Thailand, Puripol Boonson juga berpeluang menafikan peluang Azeem.



Sebagai rekod, Lalu dianggap sebagai pelari terpantas Asia Tenggara berdasarkan rekod peribadinya 10.03s diikuti Puripol 10.06s dan Azeem di tempat ketiga dengan masa 10.09s.

Azeem tak gentar jumpa jaguh Olimpik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah Kerajaan Bersetuju Batalkan Larangan Terima Dana Syarikat Arak Untuk Sekolah Vernakular?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button