Man. United lumpuh tanpa dua aset

Man. United lumpuh tanpa dua aset

Man. United lumpuh tanpa dua aset
RASHFORD dan Fernandes dikatakan sama sekali tiada dalam perancangan United untuk dijual dalam jendela perpindahan ketika ini. – EUROSPORT

MANCHESTER – Manchester United didakwa tidak berminat melepaskan dua bintangnya, Marcus Rashford dan Bruno Fernandes kerana ia boleh ‘melumpuhkan’ sistem pasukan itu menghadapi musim baharu.

Biarpun terdapat dakwaan mengatakan Paris Saint-Germain (PSG) pernah menunjukkan minat untuk membeli Rashford dan Fernandes tetapi kedua-dua pemain itu dikatakan masih mempunyai masa depan di Old Trafford.

Berdasarkan laporan ESPN, kem United kekal tenang berdepan spekulasi perpindahan itu yang didakwa ‘berlebihan’ kerana pihaknya telahpun mengadakan rundingan rahsia dengan Fernandes baru-baru ini.



Menurut sumber dalaman United, pengurus kelab itu, Erik ten Hag merasakan penjualan Rashford dan Fernandes mampu melemahkan pasukannya yang kini dalam fasa pembinaan semula untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

“Kalau mereka dijual, ia akan mengurangkan beban kewangan kerana gaji mingguan kedua-duanya kalau dicampurkan berjumlah £540,000 (RM3.26 juta) seminggu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Dana Syarikat Arak: Fadhlina VS Anthony Loke Atau PKR VS DAP




“Ten Hag sedar akan hilang kreativiti di bahagian tengah dan tiada masa mencukupi untuk mencari pengganti berkualiti. Mereka berdua juga tidak menunjukkan sikap seakan mahu cepat-cepat keluar dari sini,” katanya.

Difahamkan, United bercadang menawarkan kontrak baharu kepada Fernandes yang masih berbaki dua tahun dengan perjanjian yang menyaksikan bintang Portugal itu kekal di Old Trafford sehingga 2027.

Bagi Rashford pula, Ten Hag dikatakan sedia menukar peranan bekas penyerang England itu kepada posisi yang boleh memaksimumkan bakat dan potensi sebenarnya. – AGENSI

Man. United lumpuh tanpa dua aset


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah Kerajaan Bersetuju Batalkan Larangan Terima Dana Syarikat Arak Untuk Sekolah Vernakular?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button