Peguam mohon masuk nama Zaim sebagai bapa Zayn Rayyan

Oleh – Syeikh Baran


Peguam mohon masuk nama Zaim sebagai bapa Zayn Rayyan
Zaim dan Ismanira ketika hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. – Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, pasukan pembelaan yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengemukakan permohonan untuk membuat pembetulan nama Zayn Rayyan Abdul Mateen pada kertas pertuduhan ibu bapa kanak-kanak autistik itu.

Peguam Fahmi Abd. Moin berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor untuk meminda butiran pada sijil kelahiran dengan memasukkan nama Zaim Ikhwan sebagai bapa kanak-kanak berkenaan.



Beliau yang turut bertindak bagi pihak Ismanira selepas Tetuan Emir Mahmud & Co. tidak lagi mewakili wanita itu berkata, pihak pembelaan menerima surat cabutan daripada JPN pada 4 Julai lalu.

“Sijil kelahiran baharu telah dikeluarkan yang mana nama arwah kini ialah Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan dan kami terima pada 4 Julai lalu,” katanya pada prosiding sebutan semula kes di hadapan Hakim Dr. Shahliza Warnoh hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar mengesahkan menerima salinan sijil lahir tersebut.

“Jika ada pindaan berhubung nama mangsa dalam pertuduhan ini, kami akan memaklumkan perkembangannya pada prosiding akan datang,” katanya yang turut hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim.



Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Syahliza meminta pendakwaan menyemak dengan pihak JPN butiran dalam sijil kelahiran terlebih dahulu dan memaklumkannya kepada mahkamah.

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira dituduh mengabaikan anak mereka di Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button