Peniaga dituduh curi emas, miliki dadah

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga dituduh curi emas, miliki dadah
Penjual ketam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas pertuduhan mencuri di sebuah rumah di Telok Kemang, minggu lalu. – Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri emas di sebuah rumah di Telok Kemang, di sini minggu lalu.

Tertuduh, Kalithosan, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.



Lelaki itu didakwa mencuri harta milik wanita berusia 34 tahun iaitu sebentuk cincin, seutas rantai emas dan rantai emas berbentuk hati pada pukul 6.15 hingga 8.23 pagi di Telok Kemang pada 17 Julai lalu.

Dalam prosiding berlainan di kamar yang sama, tertuduh dan dua rakannya iaitu V. Sathiya Seelan, 38, dan J. Julian Rach, 37, dituduh memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 6.1 gram.

Mereka bertiga mengaku tidak bersalah bagi kesalahan yang dilakukan pukul 7 malam di sebuah bilik penginapan di daerah ini pada 17 Julai lalu. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal, manakala tertuduh diwakili peguam M. Siveram.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button