Dua nelayan didakwa edar 10.6kg dadah

Oleh – Syeikh Baran


Dua nelayan didakwa edar 10.6kg dadah
DUA nelayan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini.

Dua nelayan warga Indonesia berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 10,610 gram, minggu lalu.

Tertuduh, Jasli, 48, dan Budi Heriansyah, 42, hanya mengangguk tanda faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.



Mereka didakwa secara bersama mengedar dadah itu di kawasan Jeti Nelayan Kampung Bagan Sungai Tiang, Selekoh dalam daerah Bagan Datuk pada pukul 10 malam, 15 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan, manakala dua tertuduh itu tidak diwakili peguam. Tarikh 27 September ini ditetapkan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan Kimia.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa yang menjadikan kawasan jeti nelayan Sungai Tiang sebagai transit tumpas berikutan tertangkapnya dua lelaki Indonesia baru-baru ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button