Liga Super: Aksi KDN FC lawan Perak FC ditangguh pukul 9.30 malam akibat hujan

Liga Super: Aksi KDN FC lawan Perak FC ditangguh pukul 9.30 malam akibat hujan

Liga Super: Aksi KDN FC lawan Perak FC ditangguh pukul 9.30 malam akibat hujan
Pembantu pengurusan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu memeriksa keadaan padang sebelum membuat keputusan penangguhan waktu perlawanan antara KDN FC dan Perak FC malam ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Perlawanan Liga Super antara Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini ditangguhkan ke pukul 9.30 malam ekoran cuaca hujan.

Komisioner Perlawanan, Azmi Othman memutuskan perlawanan berkenaan tidak dapat berlangsung selepas hujan lebat melanda Kota Bharu bermula pukul 7 malam tadi.

Keputusan berkenaan diterima dengan baik dan dipersetujui sebulat suara oleh kedua-dua pasukan.



Sesi memanaskan badan ditetapkan bermula pada pukul 9 malam sementara pegawai perlawanan memastikan keadaan padang baik dan memuaskan. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Aksi KDN FC lawan Perak FC ditangguh pukul 9.30 malam akibat hujan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button