Tidak sempat makan malam, dua maut dirempuh Toyota Fortuner

Tidak sempat makan malam, dua maut dirempuh Toyota Fortuner

Tidak sempat makan malam, dua maut dirempuh Toyota Fortuner
Kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Dua sahabat maut manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kemajuan di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 10.30 malam itu meragut nyawa Muhammad Haniff Idham Mohd. Azmi, 24, dan Nurshabirah Izzani Zulkarnain, 22, yang meninggaL dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk makan malam di sebuah restoran di Pulau Duyong di sini.



“Setiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Toyota Fortuner,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, impak rempuhan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok hiasan terdapat di pembahagi jalan terbelum terbabas ke laluan bertentangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.



 

Tambah beliau, kereta Perodua Myvi dinaiki Muhammad Haniff Idham dan Nurshabirah Izzani kemudiannya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan mewah, Range Rover.

“Belakang kenderaan Range Rover itu kemudiannya dilanggar sebuah kereta Proton Saga.

“Impak kemalangan tersebut juga menyebabkan kedua-dua mangsa (Muhammad Haniff Idham dan Nurshabirah Izzani) tercampak keluar dari kenderaan dinaiki mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Tidak sempat makan malam, dua maut dirempuh Toyota Fortuner

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button