Olimpik Paris: Dhabitah sedia manfaat peluang di Paris
Olimpik Paris: Dhabitah sedia manfaat peluang di Paris
PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri bersiap sedia untuk membuat kejutan pada penampilan ketiganya di Sukan Olimpik selepas mempamerkan peningkatan prestasi dalam sesi latihan intensifnya di United Kingdom (UK) sebelum menghadapi cabaran di Paris.
Pengarah teknikal kem terjun negara, Bryan Nickson Lomas, menegaskan bahawa jika Dhabitah dapat mengekalkan momentum tersebut hingga hari pertandingan, ia akan memberikan impak besar kepadanya.
“Daripada momentum yang ditunjukkan semasa latihan di UK, Dhabitah menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara dari sebelumnya. Jika dia mampu mengekalkan momentum ini, saya yakin dia boleh melakukan sesuatu yang luar biasa pada hari saingan,” kata Bryan.
Namun begitu, Bryan juga mengakui bahawa saingan di pentas Olimpik edisi pada edisi kali ini adalah sangat sengit dan peluang untuk membawa pulang pingat buat negara adalah tipis.
“Saya yakin Dhabitah mempunyai kemampuan untuk melangkah ke final, namun untuk memperoleh pingat adalah cabaran besar. Kita hanya mengharapkan dia dapat memberikan yang terbaik di sana,” tambah Bryan ketika dihubungi Kosmo!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Netanyahu Di Malukan Ketika Lawatan Ke Amerika Syarikat
- MCA Dan MIC Mesti Lebih Positif Dan Pro Aktif, Bukan Merengek Seperti Baby Girl
Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.
Bekas Olympian itu turut berharap Dhabitah akan memanfaatkan slot wildcard yang diberikan oleh Akuatik Dunia dengan memberikan persembahan terbaik buat negara.
Dhabitah secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada awal Julai menerusi lebihan kuota yang tidak digunakan oleh atlet negara lain, dan akan beraksi dalam acara 3 meter (m) papan anjal.
Penerjun berusia 25 tahun yang pernah bersaing pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020, akan menemani penerjun muda, Bertrand Rhodict Lises, yang muncul sebagai atlet pertama negara layak ke Paris 2024.
Olimpik Paris: Dhabitah sedia manfaat peluang di Paris
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Kerajaan Bersetuju Batalkan Larangan Terima Dana Syarikat Arak Untuk Sekolah Vernakular?
- Netanyahu Di Malukan Ketika Lawatan Ke Amerika Syarikat
- MCA Dan MIC Mesti Lebih Positif Dan Pro Aktif, Bukan Merengek Seperti Baby Girl
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim