Feri berpatah balik kerana ombak ‘ganas’

Feri berpatah balik kerana ombak ‘ganas’

Feri berpatah balik kerana ombak 'ganas'
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Alor Setar: Sebuah feri yang membawa 259 penumpang dari Pulau Langkawi menuju ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik berikutan ombak ‘ganas’ setinggi empat meter yang berlaku tengah hari ini.

Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, feri terbabit berlayar dari Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi pada jam 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, selepas 25 minit berlayar, feri itu terpaksa berpatah balik pada jam 12.55 tengah hari selepas ombak kuat melanda.



“Feri itu berada pada kedudukan 15 batu nautika dari Pulau Langkawi ketika itu akibat laut bergelora dan cuaca buruk.

“Berikutan itu, kami memutuskan untuk feri kembali ke Pulau Langkawi kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko demi keselamatan penumpang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lagi lambat kerajaan tumbang, lagi parah kedudukan PN dan Mahathir.




“Setakat ini belum diputuskan status penumpang dalam feri berkenaan memandangkan feri itu masih dalam perjalanan berpatah balik ke Jeti Langkawi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan kira-kira 808 penumpang feri di Kuala Kedah dan Pulau Langkawi terkandas selepas syarikat feri terpaksa membatalkan empat trip perjalanan di sebelah petang susulan cuaca buruk di laut dengan ombak setinggi empat meter.

Ia membabitkan dua trip dari Kuala Kedah ke Langkawi dan dua trip dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah berikutan cuaca buruk yang menyebabkan alunan ombak besar di tengah laut.

Ketinggian ombak kira-kira empat meter manakala kelajuan angin antara 16 hingga 18 knots boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri dan bot kecil.



Feri berpatah balik kerana ombak ‘ganas’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tengku Zafrul tampil jawap Addendum, atau berisiko hadapi makian berjemaah ahli UMNO – Zamil Ibrahim



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button