PAS Berikan Kata Dua Kepada Parti Gerakan

PAS Berikan Kata Dua Kepada Parti Gerakan

PAS Berikan Kata Dua Kepada Parti Gerakan

Hubungan antara 2 parti komponen Perikatan Nasional, PAS dan Gerakan, kini dilihat semakin meruncing.

Malah boleh diibaratkan seperti retak menanti belah.

Secara terbuka, PAS menyatakan rasa kecewa dengan pendirian ditunjuk Gerakan yang dilihat senada dengan DAP dalam isu syarikat arak terlibat dalam membantu sekolah vernakular mendapatkan dana.



Bahkan PAS memberikan kata dua, dengan pendirian tersebut tidak mustahil mereka akan memilih haluan berbeza dengan Gerakan dalam PRU akan datang.

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari berkata, pendirian Gerakan dalam isu berkenaan adalah sesuatu yang sangat mengecewakan PAS.

“Pendirian rasmi parti Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan.”

“Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh Gerakan, PRU ke-16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dalam satu ikatan politik,” tegas Fadhli.



Gerakan dilaporkan sependapat dengan DAP, yang menjadi musuh ketat PAS.

Parti tersebut meminta supaya syarikat berkaitan arak atau rokok tidak dihalang daripada membantu penyaluran dana kepada sekolah vernakular.

Dominic Lau mendakwa, ini adalah kerana sekolah vernakular tidak diberikan dana mencukupi oleh kerajaan untuk beroperasi dengan sempurna.

“Segala kemudahan yang disifatkan terbaik adalah hasil sumbangan dana pihak luar.”



“Ia tidak terhad daripada syarikat-syarikat besar, malah golongan peniaga kecil dan penjaja.”

“Kalau tak mahu sekolah aliran Cina ini terima dana, okay kita setuju.”

“Tapi kerajaan kena bagi dana yang mencukupi kepada sekolah-sekolah aliran ini,” dakwa Dominic Lau.

Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan garis panduan sedia ada.



Termasuk prosedur sumbangan dana kepada sekolah, termasuk larangan memapar atau mempromosi minuman keras dalam sekolah.

Namun Kementerian Pendidikan (KPM) berkata kerajaan juga setuju memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular.

Sebelum ini PAS dan Gerakan sudah beberapa kali bertelagah dalam pelbagai isu, terutamanya yang berkaitan sensitiviti 3R.

Apakah Gerakan sedang merancang untuk berkerjasama dengan DAP untuk memberikan nyawa politik kepada parti mereka?



PAS Berikan Kata Dua Kepada Parti Gerakan

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button