2 cahaya misteri muncul di langit

Oleh – Syeikh Baran


2 cahaya misteri muncul di langit
DUA cahaya aneh muncul di langit Manchester pada Khamis lalu. – Foto Manchester Evening News

Orang ramai kehairanan melihat dua cahaya luar biasa yang menerangi langit Greater Manchester, England, lapor Manchester Evening News kelmarin. 

Sebilangan pembaca menghubungi laman berita itu bagi memaklumkan mengenai cahaya aneh itu yang kelihatan di Stockport antara pukul 11 malam (waktu tempatan) hingga tengah malam, pada Khamis  lalu.



Terdapat juga sebilangan netizen menggunakan media sosial untuk berkongsi rakaman cahaya tersebut.

Cahaya itu dilaporkan dilihat di Bramhall, Hazel Grove dan Edgeley, selain di kawasan Cheshire termasuk Poynton dan Bollington. 

Seorang saksi berkata kepada Manchester Evening News: “Saye ternampak cahaya pelik ini pada pukul 11 ​​malam (waktu tempatan).”

Seorang lagi berkata: “Terdapat cahaya yang sangat pelik di langit.”



Setakat ini, tiada penjelasan tentang kewujudan cahaya itu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button