Haruan makan anak kata ‘tidak sengaja’

Oleh – Syeikh Baran


Haruan makan anak kata ‘tidak sengaja’
Anggota polis membawa tertuduh (kanan) untuk didakwa atas dua pertuduhan merogol dan amang seksual terhadap anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

“Saya tidak sengaja rogol anak,” itu alasan yang diberikan oleh seorang penoreh getah selepas dia didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan amang seksual terhadap anak kandungnya berusia 14 tahun di sebuah rumah dekat Kuala Krai, minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 44 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.



Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada tiga orang anak itu dituduh merogol anak kandungnya berusia 14 tahun 11 bulan ketika kejadian.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa sama.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 5 pagi pada 21 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Mahkamah tidak membenarkan jaminan kepada tertuduh selain menetapkan 28 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button