Parti Gerakan Atau Parti Gelak-kan

 

Parti Gerakan Atau Parti Gelak-kan

 

Secara tiba-tiba, penulis teringatkan sebuah filem animasi pendek terbitan Filem Negara Malaysia yang mengisahkan tentang monyet, sang kancil dan kura-kura.



Secara ringkas, filem animasi tersebut menceritakan padah yang diterima oleh monyet akibat kedegilan, kesombongan, ketamakan dan kebodohan monyet.

Walau pun dinasihatkan sang kancil dan kura-kura supaya tidak memakan cili yang nampak merah menawan, tetapi monyet degil.

Akibatnya, monyet menggelupur kepedasan selepas memakan cili yang disangkanya sangat lazat.

Parti Gerakan Atau Parti Gelak-kan



 

Apa kaitannya dengan tajuk artikel ini?

Bagi penulis, itulah analogi yang tepat mengenai sikap pemimpin parti Gerakan yang akhirnya memakan diri sendiri.

Gerakan hanyalah sebuah parti yang kecil, tetapi berlagak seperti sebuah parti yang mempunyai pengaruh yang cukup besar di Malaysia.



Berlaku beberapa siri perselisihan antara pemimpin Gerakan dengan pemimpin PAS, sebuah parti dominan di dalam gabungan Perikatan Nasional.

Hingga kemuncaknya, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, mengugut untuk membawa partinya keluar dari gabungan Perikatan Nasional.

Tetapi ugutan Oh disambut secara sinis oleh beberapa pemimpin PAS dengan mengatakan silakan keluar sekiranya sudah tidak sefahaman.

Bila ditanya Oh mengenai jawapan sinis pemimpin PAS tersebut, Oh enggan memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut.



Sebaliknya Oh cuba mengalihkan persoalan kepada isu yang lain.

“PAS juga hendaklah menghormati Gerakan dalam usaha membela kaum Cina dan India dan bahasa ibunda mereka.”

“Saya harap PAS mesti mengingati tujuan dan matlamat penubuhan PN adalah untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.”

“Jangan mengabaikan hak kaum lain dalam usaha mementingkan kaum Melayu dan agama Islam,” jawab Oh.



Lebih menarik lagi apabila Pemuda Gerakan turut mempersoalkan ugutan Oh untuk membawa Gerakan keluar dari Perikatan Nasional.

Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Andy Tan, berkata kenyataan Oh amat serius dan menjejaskan hubungan antara parti komponen PN.

Apa pendirian sebenar parti Gerakan sekarang?

Keluar atau terus kekal dalam Perikatan Nasional?



Kalau keluar, adakah Gerakan akan bersendirian?

Kalau kekal, adakah Gerakan akan dijenamakan semula sebagai parti Gelak-kan?

 

Parti Gerakan Atau Parti Gelak-kan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button