Parti Gerakan hendak kemana jika keluar PN?

Oleh Adam Malik

Gerakan hendak pergi mana jika keluar PN?

Sekadar Sandiwara politik sahaja pada pergeseran antara PAS dan Parti Gerakan.



Isu arak, isu judi semua perang mulut sahaja.

PAS pun sama sahaja, akhir nanti tidak ada apa tindakan juga.

Bagi Parti Gerakan, kemana hendak dituju jika keluar dari Perikatan Nasional?



Tanpa miliki kerusi dan sekaligus penyokong, kuasa bida dan tuntutan dari Parti Gerakan hanya angin berlalu pergi sahaja.

Kepada PAS, usah bercakap sahaja, jika berani desak Gerakan keluar dari PN silakan.

Semua orang tahu PAS sekadar budak pejabat didalam PN.



Menurut Dr Puad Zarkashi , PAS dan Gerakan hanya berlakon sahaja.

Gerakan tidak akan keluar dari PN kerana tahu PAS sekadar mahu raih political mileage sahaja dalam isu arak.

PAS ambil pendirian berkenaan isu arak untuk populariti memikat umat Islam dan penyokong nya sahaja.

Apabila ada kuasa PAS akan buat pendirian lain sesuai untuk hari itu.



Lihat pada kes judi pun sudah cukup bukti.

Sebaik sahaja PAS menjadi kerajaan dan pemimpin PAS jadi Menteri, mereka ikut sama biarkan jumlah cabutan judi nombor ditambahkan.

Ketika itu PAS berkongsi kerajaan tebuk atap bersana Parti Bersatu.

Maka , kenyataan PAS yang bahagian mana yang boleh dipegang dan dipercayai?



Bagi Parti Gerakan, kemana hendak dituju kerana dalam masyarakat Cina hanya nampak DAP sahaja.

Jika keluar PN, Gerakan langsung lumpuh kerana dianggap parti politik yang ketiadaan “base” tidak seperti DAP.

Konklusi yang boleh dibuat untuk perkelahian antara PAS dan Gerakan adalah wayang semata.

Kepada PAS yang langsung tiada jasa kepada umat Islam kerana AhliParlimen nya terkenal juara bercakap, isu isu sebegini lah yang sangat disukai.



Andaian kami tiada apa pun akan berlaku antara PAS dan Gerakan, kerana “boss” kepada kedua parti ini adalah Muhyiddin Yassin.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button