Pemain ketiga hampiri Old Trafford

Pemain ketiga hampiri Old Trafford

Pemain ketiga hampiri Old Trafford
MAZRAOUI dilapor semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ke United dari Allianz Arena. – AFP

LONDON – Manchester United dilapor semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ketiga mereka pada jendela perpindahan kali ini selepas mencapai kata sepakat dengan gergasi Bundesliga, Bayern Munich.

Bayern telah bersetuju untuk melepaaskan khidmat pemain pertahanan mereka, Noussair Mazraoui sekali gus menjadi pemain ketiga selepas United berjaya membawa masuk Leny Yoro dan Joshua Zirkzee sebelum ini.

Mazraoui berjaya membuat 55 penampilan bersama The Bavarian dan memiliki 28 kap bersama pasukan kebangsaanya, Maghribi untuk memberikan saingan di bahagian pertahanan kanan.



Keputusan mendapatkan Mazraoui dibuat ekoran pemain mereka, Aaron Wan-Bissaka dijangka bakal meninggalkan Old Trafford dan dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham United selepas khidmatnya diinginkan oleh Julen Lopetegui.

United dijangka perlu membuat bayaran sebanyak £15 juta (RM89.82 juta) dengan tambahan £5 juta (RM29.94 juta) untuk melengkapkan perpindahan Mazraoui.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerakan Takut Atau Lawan?




Pengendali United, Erik Ten Hag dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Mazraoui sejak dilantik sebagai pengurus kelab tersebut dan kedua-dua mereka pernah bekerjasama ketika di Ajax sebelum ini.

Mazraoui sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham, namun rundingan tersebut gagal dimeterai menyebabkan United mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangannya. – AGENSI

Pemain ketiga hampiri Old Trafford


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button