Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh

Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh

Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh

 

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berikrar memberi hukuman keras terhadap Israel.

Ianya berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.



Menyifatkan Ismail Haniyeh sebagai pemimpin mujahidin Palestin yang berani, Ali berkata:

“Tindakan penjenayah rejim Zionis yang membunuh tetamu kesayangan mereka di rumah mereka sendiri membawa kedukaan.”

“Namun ia juga menyediakan asas untuk hukuman yang keras terhadap rejim itu.”

“Syuhada Ismail Haniyeh mempertaruhkan nyawanya selama bertahun-tahun di medan perjuangan yang mulia.”



“Dan bersedia untuk syahid dan beliau menawarkan anak-anak serta rakyatnya di jalan ini.”

“Beliau tidak takut menjadi syahid di jalan Allah.”

“Dan menyelamatkan hamba-hamba Allah.”

“Tetapi kami menganggap ia adalah tugas kami untuk membalas darahnya.”



“Dalam kejadian yang pahit dan sukar, yang berlaku di wilayah Republik Islam ini,” tegas beliau.

Allahyarham Ismail dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim Zionis di Tehran, Iran.

HAMAS berkata, kumpulan pejuang Islam itu berkabung atas kematian pemimpin berkenaan.

Beliau terbunuh dalam serangan khianat yang dipercayai didalangi Zionis ke atas kediamannya di Tehran.



Allahyarham Ismail dilaporkan berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Presiden Iran mengucapkan takziah kepada seluruh umat Islam.

Barisan pejuang, negara Palestin yang berani dan bermaruah, dan terutama kepada keluarga Ismail.

Serta mangsa yang terselamat dan salah seorang sahabat yang syahid bersamanya.



“Saya memohon kepada Allah SWT supaya menaikkan darjat mereka,” ujar beliau.

Sementara itu di Malaysia, JAKIM akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh.

Ia akan di adakan di tiga masjid utama membabitkan Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai selepas solat maghrib malam ini.



 

Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button