UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis

 

UMNO akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis.

Ia bagi menuntut ganti rugi dan pampasan RM100 juta kerana berpaling tadah daripada parti itu.



Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam semalam.

“Mesyuarat telah mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi RM100 juta.”

“Ia sebagaimana perjanjian yang dimeterai terhadap wakil rakyat yang telah meninggalkan dan membelakangi pendirian parti,” tegas beliau.

Asyraf turut menunjukkan salinan perjanjian yang ditandatangani Jailani.



Ia menetapkan semua wakil rakyat daripada parti itu mesti melepaskan keahlian mereka sekiranya menentang keputusan parti.

Di samping itu perlu membayar RM100 juta sebagai pampasan.

Bulan lalu, Jailani yang digantung selama enam tahun daripada UMNO.

Beliau mendakwa mengambil keputusan itu selepas Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh memungkiri janji yang dibuat kepada rakyat.



Memandangkan Jailani kini adalah ahli PAS, rasanya sudah sampai masanya untuk beliau sediakan tin Milo banyak-banyak.

Apakah yang akan dilakukan oleh PAS sekarang?

Adakah PAS akan membantu Jailani untuk membayar tuntutan UMNO?

Atau PAS akan membiarkan Jailani yang kini sudah boleh dianggap liabiliti kepada parti tersebut?



Asyraf juga berkata Umno bertekad terus mendukung perjuangan pembebasan Palestin.

Beriltizam bersama Hamas, Fatah serta seluruh rakyat Palestin yang ditindas dan dirampas hak mereka oleh Zionis Israel.

“UMNO melalui wakil parti dalam kerajaan perpaduan Malaysia akan terus memperjuangkan hak dan menuntut keadilan di pentas antarabangsa.”

“Untuk memastikan kekejaman dan sifat kebinatangan Israel dihukum sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia,” kata Asyraf.



 

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button