Aaron-Wooi Yik bermandi peluh ke separuh akhir

Aaron-Wooi Yik bermandi peluh ke separuh akhir

Aaron-Wooi Yik bermandi peluh ke separuh akhir
AARON (kanan) dan Wooi Yik bangkit menewaskan Shetty-Rankireddy untuk melangkah ke separuh akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024. – AFP

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengulangi pencapaian di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu apabila melangkah ke pusingan separuh akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 sebentar tadi.

Bekas juara dunia itu memastikan kemaraan ke pusingan empat terbaik selepas membenam cabaran pilihan ketiga dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy menerusi kemenangan tiga set 13-21, 21-14, 21-16 dalam tempoh 64 minit.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris itu, Aaron-Wooi Yik bermula dengan agak perlahan di set pertama apabila memberi peluang kepada pemain lawan melakukan asakan sehingga ketinggalan 10-15.



Meskipun cuba melakukan kebangkitan untuk merapatkan kedudukan, namun beregu No.3 dunia itu gagal mengekang serangan-serangan dilakukan Shetty-Rankireddy sebelum akur dengan kekalahan pertama 13-21.

Kemudian, Aaron-Wooi Yik kembali memperkemaskan permainan di set kedua sehingga berjaya meletakkan pasangan lawan berada dalam keadaan tertekan apabila menampilkan aksi jauh lebih baik berbanding set pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tuntutan LHDN Adalah Kezaliman Berganda Ke Atas DS Najib




Biarpun Shetty-Rankireddy cuba merapatkan kedudukan, namun Aaron-Wooi Yik kekal tenang dan memberikan sepenuh fokus untuk menang 21-14 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set penentuan, keyakinan beregu negara semakin membuak-buak apabila pemain lawan mula bermain dalam keadaan tertekan, sekali gus memberi peluang kepada Aaron-Wooi Yik untuk terus menjarakkan mata.

Ketika berada pada penghujung set ketiga, Shetty-Rankireddy cuba melakukan kebangkitan tetapi masih belum mampu untuk menghalang pasangan negara melangkah ke separuh akhir menerusi kemenangan 21-16.

Menanti Aaron-Wooi Yik di separuh akhir esok adalah beregu No.1 dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang yang menyingkirkan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menerusi kemenangan 24-22, 22-20. – KOSMO! ONLINE



Aaron-Wooi Yik bermandi peluh ke separuh akhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button