Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?
Kesediaan perdana menteri, Anwar Ibrahim, untuk membuka semula kertas siasatan kematian Teoh Beng Hock, amat dialu-alukan.
Ini bukan soal bangsa atau parti politik, tetapi ini soal keadilan dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.
Tidak ada siapa di negara ini yang boleh berada di atas undang-undang.
Cuma kita tidak nampak apa keperluan untuk dibuat siasatan yang baharu dalam kes kematian Teoh Beng Hock.
Untuk rekod, kes kematian Teoh Beng Hock sebenarnya sudah pun disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI Teoh Beng Hock).
Penemuan RCI sangat mengejutkan mengejutkan termasuk sikap pegawai SPRM.
Suka membuli, mendera dan bersikap angkuh terhadap suspek ketika siasatan dibuat.
Elemen paling teruk, adalah gambaran suruhanjaya tentang Hishammuddin Hashim yang ketika itu Penolong Pengarah SPRM Selangor.
Sebagai ketua, Hishamuddin dikatakan menyemai ketakutan di kalangan pegawainya.
Di bawah kepimpinan Hishamuddin, kata laporan suruhanjaya ini, kebanyakan pegawai ada tabiat berbohong.
Anwar sebenarnya tidak perlu bertemu keluarga Teoh Beng Hock erana ini memberi mesej tidak baik.
Apa lagi mengarahkan PDRM untuk buka semula kertas siasatan tersebut.
Ininya seolah-olah memperlekehkan kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Siasatan Di Raja yang sudah menamatkan siasatan.
Arahkan sahaja Azam Baki supaya mengesahkan laporan yang telah dibuat oleh RCI Teoh Beng Hock.
Kemudian serahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk dibuat pendakwaan.
Sama ada suspek yang akan dituduh didapati bersalah atau tidak bukan isunya.
Sebaik sahaja pendakwaan dibuat, maka naratif tindakan sudah diambil dengan sendirinya akan memainkan peranan.
Seperti kes pegawai kanan polis Nazri Abdul Razak yang langgar mati pelajar sekolah.
Timbul persoalan, sekiranya kes Teoh Beng Hock boleh di buka semula bagaimana pula dengan kes-kes DS Najib?
Bukankah terdapat terlalu banyak keraguan dalam perjalanan kes DS Najib?
Sekali lagi diingatkan, ini bukan isu Najib atau isu parti politik, tetapi ini isu kedaulatan undang-undang.
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?
Di Syorkan Untuk Anda:
- UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis
- Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh
- Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah