Impian Aaron-Wooi Yik ke final Olimpik Paris lebur

Impian Aaron-Wooi Yik ke final Olimpik Paris lebur

Impian Aaron-Wooi Yik ke final Olimpik Paris lebur
AARON (kanan) dan Wooi Yik akan turun pada aksi penentuan pingat gangsa Olimpik Paris Ahad ini selepas tewas kepada Wei Keng-Wang Chang di separuh akhir sebentar tadi. – AFP

KUALA LUMPUR – Kekecewaan terus melanda kem badminton negara apabila beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak dapat meneruskan kemaraan ke pentas final pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tersingkir di separuh akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris sebentar tadi, bekas juara dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan 19-21, 21-15, 17-21 kepada beregu No.1 dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Keputusan tersebut menyaksikan skrip sama berulang kembali selepas Aaron-Wooi Yik turut mengalami kekalahan kepada gandingan China itu ketika beraksi dalam saingan Kumpulan A Selasa lalu.



Wei Keng-Wang Chang yang turun sebagai pilihan pada perlawanan itu bagaimanapun tidak berdepan laluan mudah apabila diberikan tentangan sengit dan saling bertukar servis dengan pasangan negara di set pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis


Meskipun beberapa kali ketinggalan tetapi Aaron-Wooi Yik langsung tidak berputus asa sehingga berjaya mengikat kedudukan 19-19, namun tuah memihak kepada China untuk memenangi set pertama 21-19.



Tersentak dengan kekalahan awal, anak-anak buah Tan Bin Shen itu kembali memperkemaskan permainan di set kedua dengan menampilkan aksi menyerang dan berjaya menjarakkan kedudukan menerusi kelebihan tiga mata 8-5.

Kemudian, Aaron-Wooi Yik terus menjarakkan kedudukan 18-13, sekali gus meletakkan Wei Keng-Wang Chang dalam keadaan tertekan sebelum menang 21-15 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, perlawanan dilihat lebih seimbang apabila kedua-dua pasukan menampilkan aksi lebih berjaga-jaga, namun Malaysia lebih unggul apabila terlebih dahulu mendahului 7-5.

Bagaimanapun, situasi sedikit berubah apabila Wei Keng berjaya memintas kedudukan pasukan negara dengan 14-10 selepas memperkemaskan permainan selain dibantu kesilapan-kesilapan mudah dilakukan Aaron-Wooi Yik.



Menuju ke penghujung perlawanan, aksi bertambah panas menerusi serangan-serangan yang dilakukan kedua-dua beregu, namun tuah lebih memihak kepada China yang mencatat kemenangan muktamad 21-17 di set ketiga.

“Saya fikir kami sudah tampilkan aksi terbaik hari ini, kadang-kadang keputusan tidak jadi seperti yang kita mahu. Nanti ada lagi aksi penentuan pingat gangsa, jadi kami perlu fokus dan bawa pulang pingat,” kata Aaron kepada BWF sebaik tamat perlawanan.

Aaron-Wooi Yik kini menunggu keputusan satu lagi perlawanan separuh akhir antara beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan bagi mengetahui siapakah lawan mereka pada aksi penentuan pingat gangsa Ahad nanti.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia mara ke perlawanan akhir dalam acara beregu lelaki adalah menerusi gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada Olimpik Rio 2016 yang menyaksikan mereka membawa pulang pingat perak. – KOSMO! ONLINE



Impian Aaron-Wooi Yik ke final Olimpik Paris lebur


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button