Gelagat Abang Foodpanda Bertemu Siti Nurhaliza [VIDEO]

Netizen Teruja!-“Dia Mari Yang Ori…”

Gelagat Abang Foodpanda Bertemu Siti Nurhaliza [VIDEO]

Gelagat Abang Foodpanda Bertemu Siti Nurhaliza [VIDEO]

Perkongsian seorang penghantar makanan yang kerap menggunakan ‘AI filter’ penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza di TikTok mencuri perhatian netizen apabila dapat bersemuka dengan penyanyi kesayangan ramai.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh individu yang dikenali sebagai Syah, turut memaparkan Siti Nurhaliza yang anggun menggayakan blaus berwarna merah serta skirt labuh hitam itu memberikan ‘beauty kit’ jenama miliknya kepada penghantar makanan tersebut sempena bulan kemerdekaan, baru-baru ini.



“Saya lock @SitiNurhaliza.”-kapsyen ringkas Syah di TikTok

@m_sy4h

Saya lock @Siti Nurhaliza ❤️

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza



“Nampak Makin Muda TokTi…”

Perkongsian abang food panda dibanjiri dengan komen netizen yang teruja melihatnya yang disifatkan sebagai individu bertuah kerana dapat bersemuka dengan Siti, malah ramai yang terpegun dengan kecantikan penyanyi terkenal ini yang tidak dimamah usia.

“Keluar je Siti Nurhaliza, terbeliak mata saya terkejut hahaha comelll.”

“Dia mari yang ori sobat-sobat sekalian. Tak ada filter dah.”

“TokTi ni kalau orang cakap umur dia 20-an pun orang percaya kot.”



“Tak tido la syah malam ni, Excited teringat jumpa TokTi.”

“Kenapa sweet 17 Siti Nurhaliza ni.”

“TokTi maintain muda remaja.”

“Waaa akhirnya real punya. tanpa filter hahaha.”



“Nampak makin muda TokTi love.”

Terdahulu, Siti Nurhaliza pernah bersemuka dengan penghantar makanan berkenaan di Konsert yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil kerana dia yang kerap menggunakan ‘AI filter’ penyanyi itu TikTok.

Gelagat Abang Foodpanda Bertemu Siti Nurhaliza [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button