Pacific Grocer pasar raya moden pertama di Batu Pahat

Pacific Grocer pasar raya moden pertama di Batu Pahat

Pacific Grocer pasar raya moden pertama di Batu Pahat
YAP (dua dari kiri), Tang (dua dari kanan) dan Lim ketika pelancaran Pembukaan Pasaraya Pacific Grocer di Batu Pahat Mall. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Harga berpatutan di samping lebih 1,000 jenis produk baharu dan terkini, antara ditawarkan pasar raya Pacific Grocer yang kini dibuka secara rasmi di pusat beli-belah Batu Pahat Mall, di sini, semalam.

Pacific Grocer adalah hasil transformasi menerusi konsep yang mengetengahkan susun atur baharu bagi menyediakan ruang yang lebih luas, tersusun dan selesa, untuk semua kategori barangan.

Pengurus Besar (Operasi dan Supermarket), Yap Choon Meng berkata, konsep pasar raya moden ini yang dulu dikenali sebagai Pacific Hypermarket adalah bertujuan untuk pelanggan membeli-belah dalam suasana yang selesa, dalam ruang besar, serta menyediakan barang berkualiti dan premium.



Beliau berkata, sejajar dengan matlamat itu, transformasi dengan menaik taraf cawangan di Batu Pahat ini titik permulaan untuk membolehkan pihaknya melaksanakan usaha sama secara berperingkat di cawangan lain-lain di seluruh negara pada masa akan datang.

“Dalam konteks ini, kita perlu menyediakan perkhidmatan lebih baik terutama untuk golongan muda yang menyukai suasana seperti ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis




“Selain itu, produk ditawarkan pasti terjamin dari segi kesegarannya dan sudah pasti pelanggan atau pengunjung tidak perlu lagi berfikir panjang untuk datang ke Pacific Grocer,” katanya selepas pelancaran Pembukaan Pasaraya Pacific Grocer di Batu Pahat Mall.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif, William Tang dan Pengurus Besar, Lim Kok Soon.

Pacific Grocer pasar raya moden pertama di Batu Pahat
PELANGGAN mengunjungi Pasaraya Pacific Grocer di Batu Pahat Mall. FOTO Alias Abd Rani

Sementara itu, Yap berkata, pelancaran semula pasar raya ini sebagai penghargaan dan komitmen berterusan syarikat kumpulan The Store dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Katanya, sempena pelancaran itu juga, Pacific Grocer juga mengadakan promosi istimewa untuk semua pelanggan seperti hadiah percuma, istimewa pendaftaran untuk ahli dan sebagainya.



“Batu Pahat adalah cawangan pertama dan kami dalam perancangan untuk mengembangkan lagi Pacific Grocer di pantai timur dan utara.

“Di pantai timur, lokasi yang dicadangkan ialah KB Mall Kota Bharu, manakala di Terengganu, KTCC Mall, memandangkan ada peluang di kedua-dua negeri dan juga tempat baharu yang akan diterokai,” katanya.

Pacific Grocer pasar raya moden pertama di Batu Pahat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button