Malaysia sasar jadi destinasi penjagaan kesihatan utama global menjelang 2025

Malaysia sasar jadi destinasi penjagaan kesihatan utama global menjelang 2025

Malaysia sasar jadi destinasi penjagaan kesihatan utama global menjelang 2025
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Malaysia di landasan kukuh untuk muncul sebagai destinasi penjagaan kesihatan global utama pada 2025, dengan kejayaan sektor pelancongan penjagaan kesihatan negara mencatatkan hasil sebanyak RM2.25 bilion pada 2023.

Hanya dalam tempoh setahun sebelum Pelan Tindakan Industri Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021-2025 selesai, aspirasi untuk memenuhi sasaran “Pengalaman Pelancongan Penjagaan Kesihatan Terbaik Malaysia” menjelang 2025 boleh dicapai berikutan peningkatan jumlah pelancong kesihatan yang berkunjung ke Malaysia.

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), agensi di bawah Kementerian Kesihatan memberi tahu Bernama, negara merekodkan 584,468 kedatangan pelancong kesihatan bagi tempoh Separuh Pertama 2024.



Agensi itu berkata, sebagai perbandingan, Malaysia merekodkan lebih satu juta ketibaan pelancong kesihatan pada 2023, meningkat 15 peratus daripada 850,000 pada 2022, yang mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai destinasi perubatan sedang berkembang pesat.

MHTC berkata, Indonesia adalah penyumbang tertinggi pelancong kesihatan ke Malaysia, merangkumi 70 peratus hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pada tahun lepas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis



 

Rangka Tindakan Industri Perjalanan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021-2025, yang antara lain menyentuh peranan pihak berkepentingan sektor awam dan swasta dalam ekosistem perjalanan penjagaan kesihatan, berjaya menyediakan rangka kerja pengalaman menyeluruh kepada pelancong kesihatan dengan penekanan utama kepada jenama penjagaan kesihatan Malaysia.

Antara tumpuan utama pelan tindakan itu ialah perkhidmatan perubatan, telekonsultasi, akses kepada maklumat, insurans, penginapan dan imigresen, yang akan memacu industri dan menjadikan Malaysia pusat tumpuan penjagaan kesihatan menjelang 2025.

Agensi itu berkata, industri pelancongan kesihatan menyasar menjana pendapatan RM2.4 bilion sepanjang tahun ini, dan setakat ini, sektor itu telah meraih RM954.90 juta pada tempoh Separuh Pertama 2024.



MHTC berkata, pencapaian itu dijangka menyumbang limpahan ekonomi kepada industri lain sebanyak RM9.6 bilion.

 

Malaysia sasar jadi destinasi penjagaan kesihatan utama global menjelang 2025


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button