Kapal karam 55 tahun ditemukan ‘berkubur’ di dasar laut
Kapal karam 55 tahun ditemukan ‘berkubur’ di dasar laut
Canberra: Sebuah kapal yang hilang 55 tahun lalu dan digelar satu daripada bencana maritim pascaperang paling teruk negara ini, baru-baru ini, ditemukan semula di luar pantai New South Wales.
Portal 9News melaporkan, MV Noongah, kapal kargo keluli dengan 26 kru, berlepas dari Newcastle ke Townsville, pada 23 Ogos 1969.
Hanya dua hari dalam pelayaran, kapal sepanjang 71 meter (m) itu terperangkap dalam ribut dan hilang.
Pasukan penyelamat air dan udara daripada pelbagai agensi menjalankan satu daripada pencarian terbesar.
Hanya lima mangsa ditemukan selamat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh
- Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah
Daripada 21 orang yang maut, hanya satu mayat ditemukan. Kapal itu sendiri tidak pernah ditemukan.
Tetapi kini, projek bersama dengan kru CSIRO, Heritage NSW dan The Sydney Project berjaya mengesan bangkai kapal berkenaan di luar pantai New South Wales.
“Beberapa orang awam turut menyumbang kepada projek itu, termasuk dengan menentukan dan melaporkan lokasi kapal yang disyaki karam di luar pantai NSW,” kata CSIRO.
Data pemetaan dasar laut dan rakaman video menunjukkan bangkai kapal itu berkeadaan tegak dan sebahagian besarnya masih utuh.
Ketua kumpulan CSIRO, Matthew Kimber berkataa, penemuan itu menunjukkan kepentingan warisan maritim.
“Pemikiran kami sama juga dengan anak kapal MV Noongah yang masih hidup. Kami berharap mengetahui tempat ‘berehat’ kapal itu (sekali gus) menutup kes ini,” katanya.
Kapal karam 55 tahun ditemukan ‘berkubur’ di dasar laut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?